Friday, July 30, 2010

Ber-Dating♥

Hari Rabu yang lalu, aku ketemuk kawan lama daku. HEHE sudah lama gila tak jumpa okeh and banyak kali dah plan nak jumpa tapi selalu je ada hal. So last² baru dapat jumpa gila rindu and banyak je benda nak update, almaklum laa nama pun perempuan sure la mulut tak boleh duduk diam if jumpa kan. HAKHAK we all pergi sunway pyramid je, malas nak pergi jauh² yela kata weekdays nanti petang nak balik sure stuck on jammed Tu yang paling malas tuh kan. So apa lagi, sampai² je sunway terus masuk Forever 21 sebab kawan aku nak start keja as PA so memerlukan baju seorang PA kan. Dah jalan and masuk hampir semua kedai dekat sunway tuh, stop kejap pergi makan dekat Korean Street Cafe, tiba² selera korea plak time tuh HAHAHA. Bajet² time tuh ada dekat korea laaa, apa lagi pelahap la kami. Sangat lapar okeh time tuh. 


Kiteorang makan ramen aka meggi dia, sangat berbeza dari meggi kite okeh. Ni meggi bukan sebarang megi, haha best sebab mee dia sangat kenyal and tak kembang langsung walaupun makan lambat; and aku try jeruk sayur dia seyes masam okeh.


Tak sah kalau tak try makanan yang ada dalam cite korea yang aku selalu tengok! HAHAHA, aku try dukbokki with cheese. Sedappp kowt, tengok dalam cite korea tuh buat aku nak order. Best², rasa dia macam tepung yang sangat kenyal and kuah sos dia sangat lain dari lain. Pape pown korang kena try baru tahu, aku pun tak tahu nak explain macam mana. HEHE

Dah kenyang melantak, apa lagi sambung shopping laa. HIHIHI biasa la perempuan kalau tak shopping, window shopping pun jadi laaa HAHA.. Aku dah target beberapa beg yang sangat cantik and aku suka, nanti mau beli laaah hehe. So sempat juga la aku shopping baju, aku suka sebab sangat comel baju tuh. Tapi kalau aku pakai sure hodoh, HAHAHA. Dah penat ber-shopping before balik rumah sempat singgah Ireland's Potato. Masyukkkk!! Fries dia sangat besar and mengenyangkan sampai malam ;)

 nih la Ireland Potato

Ookeh laa malas nak cite panjang berjeler dah,
mali lihat pic kami. Enjoy HAHAHA (macam tengok movie je nak enjoy t'lebey)


kami♥
♥Amanina
♥Khairunnisa
♥ini saya miss gemok




Sory update lewat sebab kebusy-an jadi suri rumah sepenuh masa!! HAHA
Isnin dah start class and midterm on wednesday, ayoyo
Study pun tak start lagi kowt, btul² cuti nih
Okey la bye bye

Tuesday, July 27, 2010

Bulan Syaaban

Gambar Rajah diatas menunjukkan ''Tidak Dibenarkan Makan pada waktu diatas''. Rasa macam tengah buat rumusan jela, HAHA. Lama gila tak buat karangan kan, tiba² rasa macam nak buat je sekarang. Sumpah pulun and semangat if aku buat sekarang. Tapi tak perlu la kan, hehehehe. Actually aku puasa sunat bulan Syaaban hari ini ;) (tu pun nak bagitahu kan) Semalam nak puasa, tapi lupa nak niat so tak jadi laa. Kira nya hari ini ganti untuk semalam laa hehe. Bulan Ramadhan kian terasa kini, tiba² rasa nak makan kuih raya (macam buat pantun la plak) HAHA puasa belum lagi dah teringin nak kuih raya pulakkk. Mengidam weyy, yang pasti aku nak beli kuih tart nanas nanti laaa. Sodapppp nyaa, tak sabar pulak nak rayaa. Agak² tahun nie baju raya design macam mana yek, hahaha. Dah² sebelum aku merepek lebey, baik aku stop taip skunk. So sapa² yang puasa sunat Syaaban tuh, SELAMAT BERBUKA nanti and puasa la dengan penuh keikhlasan. Hari khamis nak puasa lagi laa ;) Jom puasa beramai², Berlatih before ramadhan nanti hehe.
okeh ler Bye Bye

Monday, July 26, 2010

Meniti masa

Tengok tajuk macam nak buat syarahan pulak kan,
HAHA tapi tak perlu la nak hiperball kan,
Just nak share about today, hohoho
Happy Anniversary to me and to him ♥♥
Tak ku sangka pejam celik pejam celik,
Almost 4years dah, tapi today baru je 3years 7months,
Ohmygoss, so pantas masa berlalu kan HAKHAK
Buruk bahasa aku gunakan, maap la yerr
Saya nih memang suka hati tok nenek je buat bahasa pelik²

Anyway please say congrat's to me!perlu ke paksa orang cakap HAHA,
Actually i really not expect that our relationship can be until now,
Itu satu jangka masa yang amat panjang bagi saya
Hopefully semua nya akan menjadi lebih baik dari yang sebelum
and kekal selamanya, Insyaallah
Kalau ada jodoh ke mana kan, hahahaha (ayat standard orang tua)

So aku tak nak la expect lebey² sangat coz 
tak nak kecundang ditengah jalan nanti,
Tak pasal² aku yang merana, kata perempuan kan
Tapi tak ku sangka sejauh ini aku dengan diaa, wahwah
I admit that i ni dah la cepat rasa bosan, 
So rahsia ku untuk kekal lama dengan dia adalahhh
menganggap dia sebagai kawan baik and rapat bila b'call² and b'msg²
Cara ini saja mengelakkan aku tidak rasa bosan, HEHE
kalau tak, takkan kami kekal sampai sekarang HOHO

Waaaaahh sangat bangga okeh sebab dapat stay dengan dia until now. Seee betapa tabah and cekal nya dirikuh♥. Walaupun kami jauh. Jarak bukan penghalang bagi kami. Cewaaahh, ber-bunga² ayat aku nihhh . Geli pulak eden, HAHAHA. Anyway thank you to him coz sanggup stay lelama dengan daku yang kuat bebel ni, alamak kantoi sudah kuat bebel hahaha. Okeh la malas nak cite panjang, saya harap semua nya akan bejalan lancar afta this.

'' Ya ALLAH kau berkatilah hubungan kami ini, dan jauhkanlah dari segala musibah terhadap kami. Sesungguhnya, kami hanya lah insan yang lemah dalam menghadapi segala ujian dari MU. AMIN''

♥Tak sabar mau bertemu dengan kawan skolah ku nanti ;)
♥Tengah fikir nak masak apa hari ini yerr ;))
okeh bye bye

Friday, July 23, 2010

Special Dedicate to all my MMU friends


HAPPY HOLIDAY

TO

ALL MMU-rian'

♥Semoga selamat kembali ke kampung halaman yer
and
♥Jangan lupa balik MMU balik okeh
hahaha

♥Holiday from 
23/07/2010 until 01/08/2010

okeh 
maybe jarang update time cuti nih nanti
almaklumla busy je nanti
hakhak
byebye ♥♥ u all

p/s: balik jangan enjoy sangat yer WAN! 
buka nih ada exam,haiyakk malas jeeeeeee

♥Kelip Kelip♥

Damn tired~
Back from I-City shah alam
Okeh saya tahu ramai yang dah pergi
Sememangnya kami baru terhegeh nak pergi
Itu pun sebab kami busy okeh hakhak
Nie baru la tak busy kowt
okeh la tak larat nak taip panjang²
Ngantuk gilaa, mau tido sudah
Usha jela pic² we all yang tengah bergembira melihat 
keindahan cahaya lampu ini
Gudnyte


Tak tahu kenapa aku nampak tembam gila babeng!

Rakan blogger juga moyang ku nina


Rakan blogger ku juga unni wanak


Ini pun rakan blogger ku juga mimik


Ini Roomate ku yang sanggup bawa kami ke sini 
(yang pakai tudung kuning tu ye, bukan baju putih. Tu my moyang)

p/s: Anyway thanx again mas kambinnn!! Memang dah lama nak 
kesini tapi selalu tak kesampaian (gila sedey ayat,haha). 
Nampak kan muka hepi sekoq², syok kowt tengok lampu²
sangat comel. i loike♥♥ Bye

Thursday, July 22, 2010

Bukan lucah, Tapi lawak semata mata


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Dah baca??? 
Bongok je cartoon nih kann gagagaga
sumpah rasa nak sepak en.kartun baju biru tuh
HAHA gila syok sendiri je cartoon nih
seyes bongok gilaaa hahahaha
ok fineee,
Mesti korang nak cakap aku gatal kannn
Ini semua hanya kebetulan okehhh
HAHAHA saja cari pic cartoon dekat pokcik gugel
T'jumpa cartoon nih, lawak okehh
ok dah dah sila sambung keja anda
hahahhahahahahhahahahahahahhahahahha

p/s: iklan ini untuk 18 tahun ke atas, HAKHAK
penat gelak bila baca, haahaha


(malam nih mahu ke i-city jejalan bersama BFF)

Tuesday, July 20, 2010

Semoga ALLAH panjangkan umur ke dua² ibu bapa ku

Fuhhh legaaa ;)
Hari nih penat gila berperang 2 paper dalam 1 hari
Syokk gila, hampir tertewas kowt
Tapi tetap bangun dengan meng-gagahkan diri 
untuk peperangan masa depan ku
Cewahhh ayat akuuu, rasa nak sepak diri sendiri sekarang
HAHAHA apa² pun lega dah abis paper untuk hari ini sahaja oke
Sebab after midsem break still ada 4 paper kowt
OH damn mati lagi nak study
Tula gediks nak ambil banyak² paper sangat kan, HAHA
Terpaksa la redha and berusaha
Semangat tuh penting WAN KHAIZATUL IZWA!!

okeh² back to the title;
Actually terasa sedih and sayu today because ayah my classmate time form 5 dulu telah pergi meninggalkan dunia. Damn sad gila :(( dengar semalam, bila my dad call bgtahu dia dekat masjid uruskan jenazah arwah uncle Sapian. Oh i still remembered his father, every time I went to mosque time tarawikh selalu je jumpa his father, because ayah dia AJK masjid if i not mistaken laa. I know how Afiq feel right now. Ayah dia meninggal akibat salah satu urut kepala dia burst because of dia terjatuh and koma almost 1 week. Andai la aku yang berada di tempat Afiq, alangkah mati la dunia aku ini tanpa ibu dan bapa. Mereka adalah segala² nya dalam hidup kite kan, tanpa mereka maka kosong la dunia nih. Tapi kite harus redha dengan segala ujian yang menimpa, setiap yang bernyawa pasti akan pergi mengadap ILAHI. Kite yang hidup harus lah teruskan hidup dan sentiasa dekatkan diri kepada NYA dan berdoa lah agar ALLAH memanjangkan usia kedua ibu bapa kite. Sesungguhnya doa anak yang soleh dan solehah, InsyaALLAH akan dimakbulkan oleh NYA. Berbakti lah kepada mereka sementara mereka masih bersama dengan kite. Renung² kan yer ;))

p/s: Be strong Afiq, i know how u feel right now. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. AMIN, INNANILA... 


okeh fine aku rasa nak nangis bila tulis pasal nih coz rasa sangat² tersentuh if cakap isu ibu bapa and meninggal dunia nih. Tambah² bila dengar lagu atas nih, sumpah sad :(( gilaaa okeh. Aku tak dapat bayangkan if terjadi pada diri aku, seyes tak dapat nak buat apa time tuh. Maybe aku hanya mampu menangis and menyesal if tak dapat tunjuk kejayaan aku dekat mereka. Saya sangat sayangkan♥ mereka lebih dari segala gala nya. ''YA ALLAH KAU PANJANGKANLAH UMUR KE-DUA² IBU BAPA KU DAN KAU BERIKANLAH KEKUATAN MENTAL DAN FIZIKAL KE ATAS DIRI MEREKA. AMIN''  Siapa² yang gado or baru lepas marah parents korang tuh, baik call sekarang and minta maaf, ''sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'' (betul ke peribahasa aku nih??) bye bye

Monday, July 19, 2010

Hanginnn!!

Katakan TIDAK pada Nyamuk!!



Sila gunakan ini untuk hapuskannya!!

1.
Lingkaran nih lagi berkesan kowt! Tapi sakit hidung!

2.
Ini pun berkesan!! Tapi aku tak ada!!!
Klau sembur kena duduk luar pulak

3.
Yang ni pun ok gak! Tapi kena guna elektrik, leceh arr..

4.
Yang aku tak sure berkesan ke tak!xpenah gunaaa okeh!
Nampak macam tak jee


Aku perlukan semua diatas ini untuk letakkan dalam bilik aku nih!
Tension gila, rasa macam duduk dalam Gua Nyamuk je!
Hari² kena gigit kowt! Nak study pun tak boleh nak focus
Sebab asyik kena garu kaki, tangan and badan
Geram sebab dalam bilik nih aku je yang kena gigit
Mas and Sha dia tak gigit pulak!! Arhhhh hanginn okeh
Yang paling stress time Nyamuk nih
suka belegar² dekat dengan aku,
 saja je nak bagi aku kejar kau kan nyamuk
Nyampah tul, aku pulak pantang tengok dia terbang
rasa nak kejar sampai lubang cacing, Siap kau Nyamuk
Aku beli semua ubat untuk Hapuskan kau nanti!! 
MATI la kau Nyamuk,  HOHOHO

oKeh wan! study study study
FOCUS okeh ;) Abaikan semua bendaa
Chaiyokkk!! Gambate!! Aja aja Fighting!! 

Sunday, July 18, 2010

Thank you so much my ♥

Urrrggghhhh Kenyang gila gila gila okeh
Tq so so so so much to my  
Sebab bawakan lunch untuk saya
Disebabkan saya tak boleh makan Ayam, Daging and Seafood
So, my  masakkan Ikan masak sambal + Sayur campur
Sumpah kenyang gila sebab dah 3 hari tak makan nasi
Yela sakit yang tak boleh makan macam²
Sampai tak tahu nak makan apa
Anyway thank you so much my 
Waaahh sapakah my  ituhh??
hohoho saja gediks buat suspend
HAHA tak perlu la  ku nun jauh disana masakkan untuk aku
tuh memang buat aku terkejut beruk la nanti Hakhak
yelaa so sweet kowt!waaahh gitu, haha
okeh my  yang saya maksudkan isssssssss 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Of course laaa my dad and my mum!!
gila poyos buat suspend!hahaha
U all damn muchh, muaahhh
Thank youuuu 
Bye Bye

p/s: Kena abiskan study hari ini jugaa!! boleh ke??
ayoyo banyak lagi tak cover.TAKUT wooo. 
Sakit nih pulak suka buat hal tiba², sakit taux. 
Tak bole nak focus study haish, sila jangan sakit hari ini yer.
Anyway nak tq juga dekat my  nun disana coz bagi me
ole ole from cameron and bukit merah ;)
 and tq oso to Apit coz give me chocolate from mekah ;)

Saturday, July 17, 2010

Oh BABE ;)



Mali kite berkaroake yuuhh!!
Aku tau korang stress setadi AUDIT kan kan
Aku tujukan lagu nih untuk BABE² aku yang tengah stress, HAHA
Sebenarnya niat aku nak cari lagu KRU yang lain
Tapi terdengar lagu nih pulakss
Aku nak lagu yang akuuu cariii tuh, haishh lupa dah tajuk dia
Apa² pun mali mali berkaroake kawan² kuh ;))
Syok gak dengar lagu² lamaaa
Melayan perasaan 




Bila dah feeling layan lagu atas,
Dengar lagu rancak pulak okeh!!!
HAHA takut korang melayan perasaan pulak
Kang ada yang tak setadi nanti..
Okeh la selamat beramal
eh selamat mendengar KAHKAH

p/s: still tak jumpa lagu yang aku cariii!!stress pulakk, nak cari sampai dapat!

Friday, July 16, 2010

Saya Ingin, Mahu, Nak

Aku impikan badan ku seperti mereka dan mereka ini


Ooh betapa bahagianya kalau badan kuh sangat cun seperti mereka. Ramping seperti mereka and kaki panjang seperti mereka, oH aku mahu! Aku bukan tak bersyukur dengan badan sekarang, Tapi aku dapat rasa yang aku seperti obesity!! obese ke?? Yela pinggang tak ramping, kaki pendek and punggung besar (oOpss) Arhh tapi itu sememangnya aku. Aku ingin kan and mahu kan berat 46kg!! Damn!! i need my body back like before!! sumpah ketara gilaa okeh. Ibarat belon yang tak ada angin dulu and sekarang belon dah kena tiup and jadi besar macam nak pecah dah. Tulaaa tak jaga body and makan lagi! Cakap pasal diet nih, sumpah malas tahap babon! Perlu ke nak jogg hari² , perlu ke makan sayur hari² ?? oh sememangnya aku tak nak semua tuh. Dulu masa skewl tak apa laa. Selalu je bersukan, sekarang nak sukan apa nya. MAKAN MAKAN MAKAN tu la sukan aku okeh ;) Dah tak nak buat,ada hati lagi nak badan macam atas tuhhh, haishhh. Tengok aku sendiri yang tak nak usaha kan. DAMNN! 

oOoOohHh, 
Aku impikan seluar kuh siza 25 and 26. Aku mahukan baju kuh size S and XS. Tapi boleh ke seluar dari size 29 nak ke 26? And Boleh ke baju dari size M ke XS?? ohh sungguh la mustahil. Sekarang berat badan kuh dah takmo mencecah 4X dah kowt! Asyik² antara 52-56kg je, and penah mencecah 58kg kowt!! Sumpah gemokk gila babeng. Tu tahap obesiti dah tuh wey. Tapi sekarang 55kg, tak tahu la bila akan menjadi 46kg or 48kg la paling ringan. HAHAHA aku rasa makan ubat Dr.romzy pun belum tentu kurus aku nih. Ooh Lemak² jauh² laaa kau dari akuuu, tension tauuu takk. Sure lelaki baca nih nak ngorat pun tak jadi dah sebab AKU GEMOKK!! (eh masalahnya ada ke laki baca) perasan je lebey, hahaha


Kan best dapat pakai suar and baju dengan semegahnya seperti mereka


Seeee kan best kurus macam nih, pergi kedai suar and baju pun bangga je cakap size, ''Sila bagi saya size paling kecil yer.'' waaahh bangga tuh cakap macam tuh, HAKHAK bila yek aku akan cakap macam tuh. Aku rasa aku akan cakap '' Boleh bagi size besar sikit tak dari ni??'' or '' Suar paling besar size berapa yer??'' Wahhh sumpah malu gila and cakap pun slow² jer dekat orang jurujual tuhh HAHA. Kalau badan aku macam atas nih, seyes hari² pakai skinny jeh, waah gitu kan. Yelaa kata kurus kan, nak gak tunjuk. Ala berangan aje sudey hahaha. Tapi aku mampu redha jela dengan bentuk badan gedabak macam tong ni. Gedabak² pun ada gak orang nak ngorat kan (ada ke??? sumpah perasan), hahaha. So apa²pun bersyukur ajelah. Insyallah kalau aku rajin nak diet aku buat la. Kalau tak gedabak macam ni jela. Aku paling sensitif dengan ayat ''GEMOK'', ''DEBAB'' and ''MANTAP''. iSH allergic la ayat² macam nih. Boleh buat aku stress ookeh. Rasa macam nak pergi tempat sedut lemak sekarang! hahaha Okeh lerr penat dah taip and bebel nak kurus, tapi action tak ada pun! hihihi Saya sangat jeles dengan awek² kurus diluar sana!!! ;)) saya admire dengan anda semua tau.
okey ler BYE BYE ♥

p/s: Lupakan sejenak pasal sakit! chill Wan Khaizatul Izwa ;))

Thursday, July 15, 2010

Tak mampu nak senyum lagi

Really tired and feel weak right now!
My pain really want to kill me!!
Arghhhhhhhhhhhhhhh seyes sakit nak mampossssss


4 hours at hospital just now
Waiting like dying
So so many people at hospital today
I get 2 days MC for today and tomorrow
So now, i feel so sleepy 
I can't slept yesterday because of this pain.
I already put the medicine and eat pain killer tablet 
I feel so worried because 
I have no idea, when i should start study
for my midterm test next week
Damn! this sick really tested my faith.
Hopefully i'm getting well tomorrow
bye bye ;((

Wednesday, July 14, 2010

Kenapa PerutKU tak berbunyi

Hari nih aku still rasa sakit lagi
But lepas letak ubat semalam
Nampak la perubahan cikit pada warnanya
Tapi pagi tadi nak bangun pergi kelas
Tiba² rasa pedih yang teramat sangat
Rasa dah macam kulit aku nih kena minyak panas jer
Kalau aku pergi mandi sure rasa pedih gila babeng
Then kepala rasa berat and pening tahap cipan
Bangun² ambil panadol and try baring²
Niat memang nak ke class coz 
yesterday 1 day dah tak pergi class
So today i decide nak pergi semua class
Tak sangka plak rasa sakit lagi, hurmm

The problem is, its hard for me to wear bajuuuu
Because benda ni kena dekat belakang and tepi
After i put the krim, memang susah nak pakai baju
If terkena baju rasa pedih, 
dats why its hard for me go anyway
Takkan la aku nak bogel pulakkan!!
So, kepala dah ok after telan the panadol
Now, I want to study audit but 
natang nih rasa berdenyut² and pedih
sangat² menganggu konsentrasi aku nak study
Aishhh kenapa laa benda ni jadi time macam nih
Dia tak tahu ke aku nak exam next week 2paper!!
Sabar ajelaahhh, Dugaan nih
But I still rasa pelik and tertanya²
Apa penyebab and puncaaaa nya?
I try to search all the info at internet
The only info yang i jumpa and seakan akan nya adalah
Terkena ULAT BULU!! WTH laaa kan
Bila pulak aku masuk Hutan and 
its really impossible if terkena ulat bulu
Sebab aku tak rasa punn ada binatang bergerak!
HAHA okeh itu tak lawakkkk, menyakitkan okeh
So, if tak elok lagi sampai friday i decide to go Hospital with my dad
My dad said maybe i allergic, yekee?aku tak penah tahu pulak
selama nih aku ada allergic, selalu main belasah je makan.

Okeh berbalik pada tittle,
Dari semalam tak selera nak makan and my stomach pandai plak behave lansung tak bunyi kowt. Terkejut jee, maybe dia tau aku tengah sakit tuh yang malas nak serabutkan otak aku kowt. HAHA Tiba² selera makan makin berkurang coz tak lalu nak makan apa, tak tahu kenapa. Sebab kena tahan sakit nih la buat aku tak fikir apa². Tapi aku still ada selera nak makan KFC! *gila tak ada selera!!* HAHA. Dah la malas nak bebel panjang. Bye Bye

p/s: Kawan² please pray for me ;) 
Saya sudah tak tahan menahan sakit ini :(( 
okeh lupa nak wish HAPPY 22nd BIRTHDAY to my ex ex BF!!
semoga bahagia selamanyaa yerr..huhu

Tuesday, July 13, 2010

i only can say that i..........


'' Ya ALLAH hindari lah segala penyakit pada diriku ini dan Kau sembuhkan lah segala penyakit yang telah Kau berikan pada diriku ini, AMIN...'' 

p/s: Jangan suruh aku pergi hospital or klinik sebab aku sememangnya tak suka pergi hospital!! Aku allergic tempat tempat macam tuh, seyes tak suka bau hospital and klinik. Lagipun malu if doct laki yang jaga time tuh coz sure la aku kena buka baju nak tunjuk sakit aku nihh. oOh nehiii.

Monday, July 12, 2010

12 July 2010

Today mood tak berapa nak okeh
Disebabkan rasa sakit + gatal² + pedih dekat belakang 
I have no idea why benda nih ada!!
Benda nih merah² macam kena gigit nyamuk
Baru jer kena and rasa teruk semalam
Search dekat internet pasal  nih, tapi yang kuar pelik² jer
If esok or lusa still rasa teruk, i need to go hospital
Hopefully dia tak melarat sangat
Yang seksa nya rasa gatal sangat²
Nak garu takut lukaaaa :(
Terpaksa tahan kowt!
Disebabkan tahan la buat aku tak ada mood 
nak buat semua benda
Sakit kowttt! Mandi pun pedih bila kena sabun
Tak penah kena macam nih, this is 1st time happen to me
Hopefully tomorrow will be better than today 
____________________________________________________________


Anyway,
Happy Birthday to Nazliza Nazari ;))


Happy 19th Birthday Ieja♥
May today be filled with sunshine and smiles, laughter and love.
I ♥ U my lil sis (Actually nih adik BF i)

oke laaaa
Rasa mengantukkkk gilaaaa nihhh
Hari nih dah ponteng 2kelas,
esok nak kena ganti kelas
Sila Rajin yerr Wan Khaizatul Izwa
ok bye bye