Makin lama makin terasa bahang nak habis bulan Ramadhan. Makin terasa meriah nak bertemu bulan Syawal yang bakal tiba tak lama lagi. Tapi, bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan bulan yang dinantikan oleh semua umat islam. Bila nak berakhirnya bulan Ramadhan, pasti semua para ulama menangis untuk meninggalkan bulan yang mulia ini. Bulan ini lah, bulan untuk kita mengejar dan berlumba untuk mendapatkan pahala. Bulan ini lah, bulan yang terpaling mulia dalam bulan Islam. Maka, hargai lah setiap detik akhir bulan Ramadhan ini. Bramal la selagi mampu dan boleh, berdoa lah dan memohon lah kepada yang Esa. Sesungguhnya, Allah amat berbesar hati untuk menerima doa umatnya dan InsyaAllah doa-doa orang yang soleh dan solehah akan dimakbulkan.
Buat masa ni, saya masih tidak berkesempatan lagi nak ke Qiamullail, InsyaAllah, hope dapat pergi this weekend. Serious terasa bersalah and sayu bila dengar Imam mendayu dayu menbaca ayat suci Al-Quran, sedangkan kita sedang nyenyak tido. Orang berlumba lumba nak mengejar pahala, tapi kita hanya anggap ia remeh. Ingat lah bahawa, belum tentu esok dan hari-hari lain adalah hari kita, Alhadulillah umur ku masih dipanjangkan. Belum tentu tahun depan diriku dapat merasa nikmat bulan Puasa lagi kan. Kadang-kadang terasa malu dengan bangsa lain, mereka sanggup mencuba untuk berpuasa, sedangkan kita umat islam sendiri tidak mampu berpuasa selama sebulan. Ingat lah bahawa ALLAH tidak pernah tido, Dia sentiasa melihat apa yang umatnya lakukan.
Saya berasa bersyukur kerana saya dapat berpuasa dari 1st puasa hingga hari ini hari ke-24. Alhamdulillah, hope dapat puasa penuh tahun ni. *Tapi mustahilkan ;p Mana tahu tetiba penuhkan, sure sangat bangga okeh! Yela, Dah lama tak puasa penuh kn ;p Perempuan tak apa la ada sebab, bagi lelaki tu, jangan la kamu ponteng puasa. Sesungguhnya orang yang tidak berpuasa itu tidak akan dapat berada disisi Allah dan tidak akan berpeluang memasuki pintu Ar-Rayyan. Buat masa ni, saya dah kenal 2 lelaki cina, sangat berbesar hati dapat kawan dengan mereka kerana mereka amat bersungguh-sungguh untuk belajar more about islam dan mereka berpuasa okeh. See, bangsa lain pun cuba untuk berpuasa, apatah lagi kita sebagai umat islam. Berasa bertuah kerana dapat berkongsi ilmu agama dengan mereka, sambil tu saya pun boleh belajar dengan lebih mendalam kan.
Tadi baru dapat call from K. Feel sad what happen to him T_T
Dear K;
"Ya ALLAH, kau berikanlah kekuatan kepadanya. Kau berilah semangat kepadanya, bukakan lah pintu hati nya agar sentiasa berdoa dan mengadapMU ya Allah. Janganlah engkau melemahkan semangatnya, sesungguhnya aku memohon, Berikanlah jodoh yang terbaik untuknya dan temukanlah wanita yang terbaik untuknya. Ya ALLAH ya Tuahanku, Engkau kembalikan lah kehidupannya seperti sediakala. Hanya kepadaMU aku meminta, makbulkan lah doa hambamu yang lemah ini, aku memohon kepadaMU ya ALLAH. Amin"
Semua kata -kata diatas bukanlah di copy paste dari mana-mana articles,
but its from bottom of my heart.
Saya tulis semua ni secara sponta.
Dengan itu, selamat beramal semua. bye
No comments:
Post a Comment