Malam ini saya nak buat pengakuan pada orang² yang tanya and tak tahu
Ada kawan aku tanya, "eh aku baru tahu orang panggil kau bb"
Ada juga orang salah faham bila saya tengah cakap phone
dengan family and orang yang rapat dengan ku
Mesti diaorang cakap, "amboi, bf la tuh.", bila aku cakap bukan,
diaorang mesti cakap, "takkan dengan kawan pun panggil bb kot".
So now, dengan ikhlas and jujur nye
*cewaaahh, bajet macam dalam makamah lak ;p
Nama panggilan saya dalam Family adalah "BEBI aka BABY", ok puas ati skunk
Sangat malu nak mengaku, tapi terpaksa, coz banyak salah faham dah jadi
Selain dari family, kawan² yang pernah datang rumah and rapat dengan
saya pun dah mula panggil dengan panggilan itu, coz dah biasa bila datang rumah saya
Nak dijadikan cerita, masa skolah dulu, sangat malu okeh!
Jiranku cikgu math, dia ajar i math ok, then masa class dia,
cikgu suruh i tulis jawapan dekat depan yaw.
Dengan confident and ikhlasnye, cikgu cakap
"haaa Bebi buat soalan ni dekat depan",
Kawan² yang tak tahu pasal ni macam terpinga-pinga, yela BEBI kot,
adoii sumpah malu. Then, cikgu terus cover, "eh wan buat soalan ini ye".
Ok fine, lepas tu, ada la kawan² laki and pmpuan dah start panggil aku dengan panggilan tu.
Memang tak tahu nak cakap apa and buat apa, dah memang itu panggilan ku
Sampai nenek kenalkan aku dekat kawan² dia di masjid dengan panggil Bebi kooott..
Thank you la my granny, famous Bebi dekat masjid USJ tuh.
Sampai kawan² mak and nenek datang rumah, mesti panggil saya Bebi
Saya redha and pasrah ajelah, nak buat macam mana,
dah memang panggilan itu dari baby sampai la sekarang
Sila salahkan Walid and Umie yer, sedara mara pun memang panggil saya nama ni :(
Padahal saya bukan anak bongsu, tapi saya anak bongsu perempuan dalam family
Adakah nama ini akan kekal sampai saya tua??
Malu la if anakku tahu nanti, aigoooo
HAHAHA macam lawak pun ada,
bila umie and walid tetiba risau dengan nama Bebi
Apa² pun, rahsiaku dah terbongkar,
so if saya cakap telefon dok baby baby tuh,
bukan nye dengan BF memanjang yerr
Hahaha sangat lawak bila orang fikir macam tu,
mesti diaorg ingat saya sangat gediks, haha
Oke la, sila simpan rahsia ini sama² yer, gudnyte, adiosss
p/s: maluu bila buat pengakuan ini.
♥OneEyzwa♥
2 comments:
Terbongkar! BABY BABY BABY haha
-man-
hehehehehe.... alah baby x per lah manjer aper nama baby tu..
Post a Comment