Makin hari makin sukar perjalanan hidup ku.
Makin hari makin runsing aku memikirkan apa yang bakal terjadi nanti.
Makin hari makin hilang ketabahan hati.
Makin hari makin hilang kekuatan diri.
Tapi aku percaya, disebalik ujian ini ALLAH masih sayang akan ku
Tanpa ujian ini mungkin aku sudah melupakanNYA
Apa yang membuat aku gembira apabila melihat senyuman kedua dua ibu bapaku
Adakah aku mampu melihat mereka tersenyum walaupun pahit yang mereka telan hari hari
Aku masih mencuba lakukan terbaik untuk mereka
Aku pasti ALLAH akan sediakan aku seseorang yang boleh aku berpaut satu hari nanti
Kini hatiku kosong, kosong untuk memilih dan memikirkan tentang diriku
Apa yang penting bagiku membuat orang tua ku gembira walaupun sukar bagiku
Kerana aku tahu aku mampu mengalirkan air mata bila aku tidak kuat menanggungnya
Ya ALLAH, aku meminta Engkau panjangkan lah umur mereka dan berikanlah kekuatan kepada mereka. Jika sakit yang Engkau berikan kepada mereka, Engkau tukarkan lah penderitaan itu kepada diriku, agar aku dapat merasai dan menanggungnya. Aku pasti ini adalah ujian dariMU dan aku tahu ini lah perjalanan yang terbaik bagiku. Amen Ya Rabb
No comments:
Post a Comment