Monday, August 27, 2012

Puasa qada dan Puasa sunat Syawal.

Still in raya mood, with my awesome siblings

Assalammualaikum ;) Pejam celik pejam celik dah Raya ke-9 hari ini :D Alhamdulillah masih mampu meraikan Hari Raya. Syukur :) Hari ini baru je selesai puasa. 

Actually saya masih keliru boleh ke satukan puasa ganti dan puasa sunat sekali? Baru baru ni ada dengar ceramah, Ustazah tu cakap boleh satukan. Tapi para ulama dah keluarkan Fatwa bahawa tak boleh puasa ganti dan sunat syawal disatukan. Disebabkan keliru,  saya pun buat research. waaah dh mcm ambil PHD buat research hahahaha.

Let's check it out :) Sharing is caring.

1. Qada' Puasa dan Puasa Enam
Soalan
Saya telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur, tetapi bolehkah saya mengqada'kan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja?
Jawapan
Puasa qada adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan) sedangkan puasa enam merupakan puasa sunat, jadi keduanya tidak boleh digabungkan. Yang paling afdal usahakan mengqada puasa Ramadhan dahulu, kemudian laksanakan puasa sunat enam, bulan Syawal.

2. Antara Puasa Enam dan Puasa Qada'
Soalan
Ustaz, ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Boleh ustaz selesaikan kemusykilan saya ini?
Jawapan
Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja.
3. Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadha kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.
Satu soalan perlu ditanya manakah yang lebih utama di antara puasa sunat syawal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha.Kerana ia merupakan kewajipan yang boleh disamakan seperti hutang kita kepada Allah SWT. Ini terbukti dari sebuah Hadis Qudsi yang sohih:


.......))وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه((........رواه البخاري

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Ni adalah contoh soalan-soalan dari internet yang saya jumpa, kalau nak copy paste lagi, banyak sangat plak. haha. Apa yang boleh saya katakan disini, senang cite the conclusion from this issues is compulsory untuk semua umat Islam menunaikan apa yang WAJIB dahulu berbanding SUNAT. Memang sangat banyak pahala jika kite berpuasa Enam, tapi jangan lupa juga bahawa puasa ganti dibulan Syawal pun dapat pahala yang berganda tau. Bak kata orang, Ajal dan Maut semuanya ditangan ALLAH SWT. Kita hanya mampu merancang sahaja, ALLAH yang tentukan semuanya. It's means, better kita tunaikan puasa Qada terlebih dahulu kerana ia adalah WAJIB untuk HUTANG kita kepada ALLAH dan baru disusuli dengan puasa sunat bulan syawal. Yela kalau ditakdirkan umur kita pendek, tak sempat nak tunaikan yang WAJIB dan hanya sempat tunaikan yang SUNAT, dosa kita kepada ALLAH tetap tak akan hilang sebab HUTANG itu adalah HUTANG dunia dan akhirat kita kepada NYA. 
Tapi ALLAH itu Maha Adil dan Maha Memahami, hanya orang yang tertentu sahaja dapat menunaikan ke dua duanya. Bagi orang yang sihat dan tak ada cacat cela tu, jangan lupa bayar HUTANG awak tu ye ;) Jangan ikutkan nafsu makan tu, ikutkan nafsu, memang tak akan nak puasa sunat dan ganti kan. So renung renungkan, SELAMAT BERAMAL :x

No comments: