Friday, December 17, 2010

Dia adalah wira dalam hidupku♥

oOh hOo hari ini dah 17 december, cepatnya masa berlalu.
Lagi 14hari je nak melangkah ke 2011, oh demm
Im getting old, tapi tak apa maintain muda HAHAHA
Esok 18 December 2010!!!!!!
Its my dad Birthdayyyyy yaww
Happy Birthday my lovely Walid
'' ALLAH selamatkan kamu, ALLAH selamatkan kamu
ALLAH selamatkan Wan Nilam Wan Wook
ALLAH selamatkan kamu''
Selamat Hari Lahir yang ke-55 tahun
I ♥ U so much much much

(aku tak tahu nape pic ni senget, padahal penat dah betulkan.hangin je)

Dengan itu saya cipta sajak untuk Walid, walaupun tak terer. 
Gediks juga nak try, semua ni spontan yer.

Oh Walid, dirimu sukar dicari ganti
Dirimu seumpama malaikat yang diturunkan dari langit untuk menjaga kami

Oh Walid, tanpamu sapalah kami
Tanpamu disisi hilang lah arah tuju kami

Oh Walid, dirimu ibarat jantung dalam badan kami
Bila denyutan mu terhenti, maka terhentilah denyutan kami

Oh Walid, sesungguhnya kami amat bersyukur memiliki bapa sepertimu
Sesungguhnya dirimu tiada penganti buat selamanya

Oh Walid, setiap solat ku pasti disertakan doa untuk mu
Setiap doaku hanya menginginkan Allah panjangkan umur, murah rezeki dan sihat untuk dirimu

Oh Walid, engkau lah petunjuk jalan dan arah kami
Engkau juga yang mencorakkan kami 

Oh Walid, dikau tidak pernah mengenal erti rasa penat menjaga kami
Dikau tidak lelah memberi keselesaan dan kebahagian pada kami

Oh Walid, senyuman mu sentiasa terukir bila bersama kami
Ku mengharapkan senyuman mu terukir untuk selamanya

Oh Walid, engkau la bapa, engkau la kawan dan 
engkau la teman dalam hidup kami
Semoga ALLAH sentiasa mengmakbulkan doa kami adik beradik
Dihari lahirmu ini, kami ingin mengucapkan 
Selamat Hari Jadi yang ke-55 tahun
Cinta dan sayang kami hanya untuk mu Walid, we ♥ u so much walid.

''Ya ALLAH ya Tuhan ku, sempena hari lahir walid ku ini. Kau panjangkanlah umur nya, berikanlah kesihatan yang kuat dari segi fizikal dan mental dan jangan lah kau putuskan rezeki untuknya. Ya ALLAH ya Tuhan ku, sesungguhnya aku memohon agar kau ampunkanlah dosa² nya samada kecil atau besar dan binakanlah rumah syurga untuknya diAkhirat kelak. Amin''

p/s: 
Aku tulis semua ni dengan ikhlas dar hati, sampai t'kuar air mata. Tak sabar nak balik and jumpa walid :( Ok la, bye bye. Jangan la sia² kan orang tua mu selagi mereka masih hidup yer.

♥OneEyzwa♥

2 comments:

niena said...

gedix bersajak bagai
ketok pala wang lajuk lajuk
hakhak!

onethebomb! said...

biasa la, berangan jd karyawan sat! haha