Friday, September 24, 2010

Twice = Nightmare :(

Assalammualaikum (sila jawab,xjawab dosa haha)
Baca je tittle atas tuh, mesti dah tau apa yang nak diceritakan kan (buat² tahu jela yob) hehe. Petang tadi hujan lebat gila okeh and sejuk sangat. Maknanye ia mengundang kite untuk ber-manja² dengan Katil haha. Dah la tengah study paper baca², for sure la mata kejap buka kejap tutup. Then terus decide nak take a nap je, coz letih sangat². So apalagi, tido la dalam pukul 6.10 sampai 7.14pm kowt. Ingat tak nak tido takut jin gigit HAHAHA, tapi takut malam nih ngantuk gila so tido la kumpul tenaga sat noh. ok² back to the main story, masa tido tuh; 

Termimpi pasal bencana alam and aku dapat rasa and mengalaminya time tuh. Sumpah sad and takut :( Tapikan, sebelum nih aku penah mimpi, mimpi yang sama macam nih sebelum nih. If i not mistaken on last months. Sebijik and cuma hari ini agak menyayat hati skit sebab nampak orang tertimbus and lari bergelimpangan depan mataaaaa kuuu. Ya ALLAH, Tuhan je tahu macam mana aku rasa time tuh. Se-olah² benda jadi btul² depan mata. Memang aku nangis la kan dalam mimpi tuh. Bukan aku sorang² je,but im wif my whole family time tuh. Tapi yang lain² duduk bilik lain, tempat kejadian ni aku tak tahu dekat mana. Yang pasti terjadi dekat hotel somewhere in Malaysia. Tau tak, Aku nampak banjir dari jauh laju gila menuju ke hotel aku, bukan banjir Air tapi TANAH kowt. Aku kejut kakak aku and kawan² dia ajak naik tingkat atas sebab bilik aku bakal dimasukki tanah tu, lagipun dinding dah hampir retak time tuh. ya ALLAH cuakkk gila wey. tapikan Sempat gak la aku selamatkan HP and Lappy haha. Aku naik tingkat atas cari Mak Ayah Adik² and Abg² aku. We all duduk atas bumbung Hotel tuh and cuma mampu berdoa and cari jalan nak selamatkan diri je. Memang penuh manusia atas bumbung time tuh, aku pun tak kenal la siapa mereka dan mereka. Pendekkan cite → Finally tanah yang bakal memusnahkan hotel kami dah jadi beku and keras, so we all dapat la kuar dari hotel tuh. Alhamdulillah tak ada pun ahli keluarga ku yang hilang, cuma kawan kakak aku sorang tertimbus. Aku pun tak dapat cam sapa kawan kakak aku time tuh.

Aku dapat rasa, macam mana mereka yang pernah mengalami Tsunami suatu ketika dulu. Ya ALLAH sedihnye tak terungkap and ketakutan sure susah nak hilang sampai sekarang. Apatah lagii aku hanya mampu bermimpi kejadian seperti itu, aku rasa sedih and takut seperti berada time Tsunami tuh :( Apa² pun, ingat la bahawa ALLAH selalu akan menguji hamba nya tak kira muda atau tua. Yang penting, jangan lupa tunaikan tanggungjawab anda sebagai umat islam dimuka bumi Nya ini. Aku tahu mimpi hanya mainan syaitan, tapi nape aku mesti mimpi benda sama :( 

Ya ALLAH ya Tuhan ku, petunjuk apa yang ingin kau sampaikan dekat hamba mu ini, sesungguhnya aku amat mengagumi Kebesaran Mu ya ALLAH. Kau mampu mengubah seluruh alam ini menjadi padang yang luas dan kosong, Aku memohon keampunan dari Mu ya ALLAH. Sekiranya, aku pernah lalai dalam menjalankan tugas sebagai hamba Mu dan menjauhkan diri kepada Mu, aku mohon agar diberikan peluang untuk menjadi insan yang bertakwa dan solehah disisi Mu. Amin ya robbal alamin.

Okelah mahu sambung study and rasa macam tak nak tido plak malam ni :( Takuttt.... Doakan aku dapat jawab exam esok kawan². Tomorrow my second paper at 9am-12pm, paper Accounting Information System and 2.30pm-5.30pm, paper International Accounting. Bye bye

♥OneEyzwa♥

2 comments:

Unknown said...

haaaa..jangan tido waktu maghrib tau..
huhuhu

onethebomb! said...

baikkk..tp tak tido pn wktu mgrib,t'tdo smbil pgg notes time tuh..huhu~