Monday, January 20, 2014

3. Pabila tersungkur.

Bila saya berduka, saya ingat DIA,
Bila saya kecewa, saya ingat DIA,
Bila saya bersedih, saya ingat DIA,
Bila saya ketawa, saya ingat DIA,
Bila saya tersenyum, saya ingat DIA,
Bila saya gembira, saya pasti akan ingat DIA juga.

Ya ALLAH terima kasih kerana memberi aku merasa kesemua perasaan ini, terima kasih kerana sentiasa ada disaat saat aku bahagia mahupun terluka. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Terima kasih atas segalanya YA ALLAH. Walaupun berduka tapi tetap bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami dan kawan kawan yang tak pernah putus membuat aku tersenyum dengan kata kata semangat dan nasihat, TERIMA KASIH untuk semuanya. Terima Kasih juga ya ALLAH kerana memberi kesempurnaan kepada aku, mungkin aku tidak dapat merasai apa yang telah dirasai mereka yang kurang sempurna. Ku panjat kesyukuran yang tak terhingga juga atas apa yang telah aku miliki. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada NYA dan yang buruk itu datang daripada kita. ALHAMDULILLAH untuk segalanya.

These verses I always bear in mind, one of my motivation when I felt so down. I would like to share it to all of you :)
"Sesungguhnya, yang baik dan yang terbaik itu tidak akan dengan mudah dan sendirinya. Bersabar dan berusaha adalah kunci kekuatan diri seseorang dan percayalah yang terbaik itu pasti akan datang dengan sendirinya. InsyaALLAH".

"Jangan lah kamu berputus asa untuk terus berdoa pada yang ESA. Sesungguhnya kesabaran itu pasti dibalas dengan setimpalnya. Maka bersabar la wahai hati". 


No comments: